JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Vaksin Menantra

Kategori: Perubatan
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 14 Mei 2015 Kali Ke 2/2015 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Menantra. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini, tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.

 

Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra adalah diharuskan

 

 Sumber :


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/17-2015/48-hukum-penggunaan-vaksin-menantra

Klik disini untuk mencetak