JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1435H/2014M

Kategori: Zakat
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2014 yang bersidang pada 30 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 30 April 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai Cadangan Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1435H /2014M. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

(1)  Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1435H/2014M ialah sebanyak RM6.70 seorang;

 

(2) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A (5%-10% hancur), mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram; dan

 

(3)  Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1435H/2014M.

 

Klik disini untuk mencetak