JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Pengurusan Mayat Pelarian Rohingya Yang di Temui di Kem Wang Kelian, Perlis.
Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: N/A
Keputusan
:
 
1.     Merujuk kepada pandangan Al Imam Khatib As Syarbini dalam Mughni Al Muhtaj, Kitab Al Janaiz dan Imam Jalaluddin Abdur Rahman As Suyuthi dalam Al Asybah wa An Nazair maka Jawatankuasa Fatwa berpandangan dalam kes ini, mayat – mayat yang ditemui itu hendaklah diurus mengikut hukum Syarak dengan sempurna meliputi mandi, kafan, sembahyang serta kebumi.
 
2.    Jawatankuasa Fatwa juga menarik perhatian pihak berkenaan, setiap rangka mayat termasuk tulang-tulang yang ditemui dalam keadaan sempurna hendaklah diurus mengikut hukum Syarak tersebut dan setiap satunya diletak dalam keranda yang berasingan.
 
3.    Manakala tulang-tulang mayat yang tidak sempurna dan bercampur antara satu sama lain juga hendaklah diurus mengikut hukum Syarak tersebut dan bolehlah diletak dalam satu keranda yang sama.
 
4.    Sementara sisa-sisa daging, kulit dan tisu-tisu mayat yang melekat di kain kafan sedia ada hendaklah dikekalkan bersama dengan mayat dan dikafan dengan kain kafan yang baru.  
 
5.    Mayat-mayat yang telah siap diurus mengikut hukum Syarak itu bolehlah ditempatkan dalam satu liang dan berasingan dari perkuburan orang-orang Islam yang biasa.  Wallahu A’alam.
 
 
Klik disini untuk mencetak