Korban Binatang Yang Dikasi
1. Harus diperbuat korban binatang ternakan yang dikasikan.
2. Binatang yang dikorban termasuk tulang, tanduk dan kulit yang disedekahkan atau yang
dihadiahkan harus bagi penerimanya menguruskan bagi keperluannya seperti makan dagingnya
atau sedekah atau hadiah atau dijual kulitnya atau tanduknya dan tulangnya diperbuat alat-alat
perkakas hiasan atau sebagainya bagi tujuan dijual.
3. Binatang korban yang ditebuk telinga hendaklah dilihat samada tebukan itu menghilang daging
telinganya atau tiada maka jika tiada menghilang dagingnya sah korban dengannya jika tidak maka
tiada sah. Demikian juga yang terbelah telinganya.