JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Korban Binatang Yang Cacat Anggota / Telinga

Kategori: Ibadah
Tahun: 1997
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Jawatankuasa telah merujuk perkara di atas ini kepada pendapat para imam mazhab yang empat dan mendapati bahawa;


  1. Menurut Mazhab As-Syafie tiada sah dibuat korban binatang yang cacat pada telinganya yang menghilangkan daging samada banyak mahupun sedikit.
  2. Adapun Mazhab Al-Hanbali maka adalah sah tetapi makruh dibuat korban binatang yang ditebuk telinganya atau terbelah atau dipotong tiada lebih dari setengahnya dan tiada sah jika belahan itu tiada menghilangkan dagingnya lebih sepertiga.


Dengan yang demikian Jawatankuasa berpendapat bahawa pihak yang hendak melakukan korban adalah dikehendaki mendapatkan ternakan-ternakan yang sejahtera menurut Mazhab As-Syafie seperti yang dinyatakan di atas ini. Jika hendak bertaqlid kepada mazhab-mazhab yang lain maka disyaratkan mendapat perkenan terlebih dahulu daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk berpindah dari beramal dengan Mazhab Syafie kepada bertaqlid dan beramal dengan pendapat ketiga-tiga mazhab lain darinya didalam perkara ini.


Rujuk;

  1. Kitab Al-Fiqhu ‘Alal Mazahibil Arba’ah – AlMujallidil Awwal Qismul Ibadat – Halaman 717, 718, 719, 720.
  2.  Al Qalyubi Wa ‘Umairah Juzu’ 4 Halaman 251.
  3. As Syirwani ‘Ala Tuhfatil Muhtaj Juzu’ 9 Halaman 622.

 

Klik disini untuk mencetak