Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M telah membincangkan mengenai Permohonan Fatwa Mengenai Cadangan Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut:
(1) Hukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep Bai’ ‘Inah, Wadi’ah, Tawarruq, Ujrah atau Qardh atau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan
(2) apa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat.