JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-24 berkenaan Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin dengan sighah seperti berikut :


  1. Setiap Orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.
  2. Haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran kecuali: Penulisan akademik (petikan/phrasa) yang menggunakan tanda transliterasi al-Quran yang betul serta mengikut kaedah yang standard.
  3. Untuk tujuan menarik orang membaca al-Quran dan tujuan pembelajaran (القرآن) dalam jangkamasa sementara. Teks/nas al-Quran hendaklah dilampirkan.
  4. Haram menerbit dan menjual tafsir dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal.

 

 Status pewartaan : Proses Warta

 

 

 

 

 

Klik disini untuk mencetak