Hukum Khatib Memegang Tongkat Bersalut Bernis ketika Khutbah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan isu berkaitan sah khutbah di mana mimbar masjid yang tangganya bersalut bernis atau syelek yang mengandungi minyak spirit (thinner) demikian juga tongkatnya dan khatib menaiki mimbar itu dan memegang tongkatnya ketika membaca khutbah.
Mesyuarat berpendapat bahawa sah khutbah.