JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Beriman dengan Jin dan Syaitan

Kategori: Akidah
Tahun: 1978
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatnkuasa Fatwa telah membincangkan persoalan berkenaan hukum beriman dengan jin dan syaitan, adakah makhluk-makhluk ini boleh mengetahui perkara-perkara ghaib dan masuk ke dalam tubuh manusia menguasai pancaindera serta bercakap-cakap dengan lidah manusia dan lain-lain. Mesyuarat mengatakan bahawa wajib beriman dengan adanya (jin atau syaitan) kerana didapati di dalam Al-Quran ayat-ayat yang menunjukkan dengan terang tentang wujudnya makhluk ini (jin atau syaitan) demikian juga hadis-hadis Rasulullah tetapi makhluk ini (syaitan) hanya boleh mewas-waskan manusia, menipu, menggoda fikirannya. 

Klik disini untuk mencetak