JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggantungan, Penjualan, Pengedaran, Penyimpanan, Penerbitan Dan Pencetakan Ayat Al-Quran, Kitab Suci Al-Quran Dan Kalimah Suci Islam Dalam Bentuk Kaligrafi Islam Atau Pada Barangan

Kategori: Akidah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Penggantungan, Penjualan, Pengedaran, Penyimpanan, Penerbitan dan Pencetakan Ayat Al-Quran, Kitab Suci Al-Quran dan Kalimah Suci Islam dalam Bentuk Kaligrafi Islam atau pada Barangan. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

 

1. Mana-mana orang hendaklah sentiasa menjaga kesucian al-Quran dan kalimah suci Islam yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam atau pada apa-apa jua barangan.

 

2. Apa-apa penggantungan, penjualan, pengedaran, penyimpanan, penerbitan dan pencetakan ayat al-Quran, kitab suci al-Quran atau kalimah suci Islam, yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam, atau pada apa-apa jua barangan, oleh mana-mana orang di mana-mana tempat yang boleh membawa kepada penipuan, pemerdayaan atau penghinaan kepada Islam atau bertentangan dengan hukum Syarak adalah haram.

 

3. Bagi maksud Fatwa ini, “kalimah suci Islam” merujuk kepada kalimah suci Islam seperti yang dinyatakan dalam Fatwa berkenaan dengan Penggunaan Kalimah Suci Islam.

 

4. Mana-mana orang adalah dilarang daripada melakukan atau bersubahat dalam melakukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 2.

 

Klik disini untuk mencetak