JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kadar Mas Kahwin / Mahar

Kategori: Munakahat
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mahar/ Mas Kahwin

 

Tidak ada suatu penetapan daripada syarak tentang jumlah minima atau maksima kadar mas kahwin yang diberikan oleh suami ataupun diminta oleh pihak isteri. 

 

Belanja / Hantaran Perkahwinan

 

Perbelanjaan berupa hantaran, belanja kahwin, hadiah perkahwinan dan sebagainya adalah tidak wajib. Sayugia dianjurkan agar hantaran yang merupakan adat budaya masyarakat tidak membebankan pasangan. Begitu juga belanja perkahwinan dan walimah sewajarnya diadakan dalam keadaan sederhana sepertimana yang dituntut oleh syarak bagi mencari keberkatan. Bukan majlis untuk bermegah-megah dan membazir yang menyalahi ajaran Islam.

 

Klik disini untuk mencetak