JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cara Melupuskan Mushaf al-Quran

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mushaf al-Quran yang telah rosak dan tidak boleh dimanfaatkan lagi bolehlah dilupuskan dengan cara-cara berikut:

 

1.      Dibakar sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan RA berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari bil: 4988 yang beraksud: “Bahawa Huzaifah bin al-Yaman datang kepada ‘Uthman, setelah penduduk Sham dan ‘Iraq berperang dalam peperangan Arminiyyah dan Azrabijan. Perbezaan bacaan al-Quran yang berlaku antara para tentera dari Syam dan Iraq membimbangkan Huzaifah. Lalu beliau mengadu kepada ‘Uthman dengan berkata: “Wahai Amir al-Mukminin, pergi dapatkan ummat ini, sebelum mereka berselisih tentang al-Quran seperti perselisihan Yahudi dan Kristian. Lalu ‘Uthman menghantar utusan kepada Hafsah untuk bawakan kepada kami lembaran-lembaran tertulis ayat al-Quran untuk kami tuliskan di atas mashaf-mashaf, kemudian kami pulangkan (lembaran-lembaran itu) semula kepadamu. Lalu Hafsah menyerahkannya kepada ‘Uthman, maka ‘Uthman mengarahkan Zaid bin Thabit, ‘Abdullah bin al-Zubair, Sa’ied bin al-‘Ash dan Abdul Rahman bin al-Haris bin Hisham, lalu mereka menulisnya di atas mashaf-mashaf, dan ‘Uthman berkata

 

kepada tiga orang daripada mereka yang berbangsa Quraisy: “Apabila kamu bertiga berbeza dengan Zaid bin Thabit sesuatu dari (bacaan) ayat al-Quran, maka tulislah berdasarkan lisan Quraisy, kerana al-Quran itu asalnya ditulis berdasarkan lisan mereka (Quraisy). Lalu mereka semua lakukan hinggalah mereka selesai menyalin ke atas mashaf-mashaf, ‘Uthman memulangkan semula lembaran-lembaran tersebut kepada kepada Hafsah, dan beliau mengirimkan ke setiap penjuru (Negara umat Islam) satu mashaf dari apa yang telah disalin. Beliau juga memerintahkan apa-apa dari ayat-ayat al-Quran yang terdapat di lembaran-lembaran atau mashaf-mashaf lain selain dari mashaf yang dikirim agar dibakar.”

 

ATAU;

 

2.      Ditanam di dalam tanah di kawasan yang terpelihara dan jauh dari laluan umum. Adapun kaedah membuang ke dalam laut sekiranya didapati boleh mencemarkan laut dan mendatangkan mudharat kepada ikan, plankton serta hidupan laut yang lain, maka ia hendaklah dielakkan.

 

 

Klik disini untuk mencetak