JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Agihan Zakat Kepada Asnaf Muallaf

Kategori: Zakat
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Asnaf al-Muallafah Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir. Golongan Muslim adalah orang yang baharu memeluk Islam.

Golongan bukan Muslim (kafir) pula meliputi:

  1. Orang yang berkemungkinan menerima Islam
  2. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi Islam
  3. Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang perlu dijinakkan hatinya kepada Islam.

 

Dalam urusan agihan zakat kepada al-Muallafah Qulubuhum ini, secara umumnya mesyuarat bersetuju menyerahkan urusan ini kepada kebijaksanaan pihak pelaksana dengan mengambil kira maslahah umat Islam dan dakwah Islamiah.

 

Klik disini untuk mencetak