Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam
Mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 bertarikh 6-7 Oktober 1987 berkaitan perkara ini serta dibuat penambahan hadis-hadis berkaitan perkara ini iaitu;
1- Memandangkan lilitan hitam di lengan baju yang berwarna putih merupakan satu adat kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.
2- Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis yang bermaksud: Daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW bersabda: “Berbezalah dengan orang-orang musyrikin, biarkan janggut dan nipiskan misai”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. 5553) dan
Hadis yang bermaksud: Daripada Ibn Umar katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jihad Secara Taklik)