Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri
Hukum asal pelaburan zakat adalah tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
1. Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan pengawasan syari’ah yang berotoriti.
2. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
3. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari’ah.
MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan.