JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Al-Fatihah Dan Bentuk-Bentuk Qiraat Yang Dibolehkan Dalam Sembahyang
Kategori: Ibadah
Tahun: 1986
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa mengikut kajian dan pandangan Ahli Al-Quran bahawa bacaan yang tersebar luas lagi masyhor di seluruh dunia, di Rantau Asia, khasnya di negara kita ialah mengikut bacaan Riwayat Hafsun 'An 'Asim, maka sewajarnyalah bacaan tersebut dimasyhorkan di negara ini. Walau bagaimanapun bagi mereka yang hendak membaca Al-Quran selain daripada Riwayat Hafsun 'An 'Asim maka hendaklah terlebih dahulu diberitahu atau muafakat bacaan di antara Imam dan Makmum supaya tidak menjadi kekeliruan ketika menunaikan sembahyang
Klik disini untuk mencetak