JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Tragedi Terowong Al-Muassim
Kategori: Ibadah
Tahun: 1990
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa kehilangan 19 orang jemaah haji Malaysia akibat Tragedi Terowong Al-Muassim dianggap sebagai mati mafqud. Keterangan atau Baiyinah bagi mensabitkan kematian itu ialah: 1. Telah habis usaha mencari mereka; 2. Tidak ada bukti atau sangkaan bahawa mereka masih hidup dan bersembunyi diri di mana-mana tempat di Arab Saudi atau keluar dari negara itu ke sebuah negara lain dan bersembunyi di sana; dan 3. Bahawa mereka itu bukan orang yang mencari peluang untuk melarikan diri dari negara ini.
Klik disini untuk mencetak