JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS di Malaysia

Kategori: Ibadah
Tahun: 1992
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Mayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan. Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah) dengan tayammum. Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain. 2. Pengurusan mayat (jenazah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan Clorox.

Klik disini untuk mencetak