JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Pekerja-Pekerja Islam Di Kilang-Kilang Yang Tidak Dapat Menunaikan Sembahyang Fardhu
Kategori: Ibadah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Sembahyang adalah wajib bagi setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Sembahyang fardhu hanya boleh dijamakkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. 2. Menasihatkan kepada pihak berkuasa agar sentiasa berbincang dengan pihak kilang untuk mencari jalan supaya orang Islam boleh menunaikan sembahyang dalam waktunya.
Klik disini untuk mencetak