JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat Di Kem Bagi Peserta Latihan Khidmat Negara
Kategori: Ibadah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa penyelarasan hukum bagi membenarkan solat Jumaat didirikan adalah tidak dapat tercapai memandangkan terdapatnya perbezaan keadaan tempat di antara satu kem dengan kem yang lain. Maka Muzakarah bersetuju agar hukum dan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Kem bagi peserta Khidmat Negara diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri-Negeri untuk membuat keputusan.
Klik disini untuk mencetak