JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina
Kategori: Ibadah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk golongan Al'Ma'zurin sama seperti Siqayah al-'Abas yang diberikan rukhsah oleh Nabi S.A.W. untuk tidak bermabit di Mina.
Klik disini untuk mencetak