JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Pelaksanaan Ibadah di International Space Station (ISS)
Kategori: Ibadah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Penggunaan tisu yang telah disediakan di International Space Station (ISS) sebagai alat beristinja' adalah harus. 2. Harus bertayammum dengan apa sahaja yang berasal dari bumi (contohnya ISS) sebagai kaedah mengangkat hadas. 3. Solat ditunaikan sebanyak lima kali untuk tempoh 24 jam (hari di bumi) dan boleh ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada. 4. Waktu solat dan puasa di ISS adalah mengikut waktu tempat pelepasan. 5. Penentuan arah qiblat hendaklah dengan cara mengadap kaabah dan sekiranya sukar, bolehlah mengadap ke mana-mana arah.
Klik disini untuk mencetak