Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.
2. Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' terbatal.