JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kesabitan Anak Bulan Ramadhan & Syawal

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1977
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Julai 1977 telah membincangkan Kesabitan Anak Bulan Ramadhan & Syawal.


Persidangan telah memutuskan bahawa "Anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan dilindungi awan (ghaim) padahalnya mengikut kiraan ahli-ahli falak syarie anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak syarie bolehlah digunakan. Tetapi kiranya cuaca baik dan anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah disempurnakan bilangan hari bulan itu sebanyak 30 hari".

Klik disini untuk mencetak