JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Bersuci Bagi Pekerja Di Loji Kumbahan
Kategori: Ibadah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa orang-orang Islam yang bekerja di loji kumbahan sekiranya diyakini waktu atau tempoh bekerja tidak akan melebihi waktu solat, maka kaedah pelaksanaan solat hendaklah dilakukan seperti biasa setelah bersuci yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut: 1. Menghilangkan 'ain najis pada badan dan pakaian; 2. Membasuh dengan air yang suci sehingga peringkat yakin (hilang bau, warna dan rasa); 3. Bagi menyucikan najis mughallazah, selain daripada syarat (1) dan (2) di atas, ia perlu dibasuh dengan tujuk kali air yang suci termasuk sekali air bercampur tanah.
Klik disini untuk mencetak