JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wang Faedah

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1971
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkanWang Faedah.


Persidangan telah memutuskan bahawa:

  1. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini.
  2. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.
Klik disini untuk mencetak