JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti (Wakaf Ibdal)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1982
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti (Wakaf Ibdal).


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf adalah diharuskan mengikut syarat-syarat wakaf.
  2. Wakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taqlid pendapat Imam Abu Hanifah.
Klik disini untuk mencetak