JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Skim Haji Perkhidmatan Tentera

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1987
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Februari 1987 telah membincangkan Skim Haji Perkhidmatan Tentera.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Skim ini merupakan satu usaha yang baik bagi membantu anggota-anggota tentera untuk menunaikan fardu haji.
  2. Skim ini tidak bercanggah dengan Islam dengan syarat wang yang dikeluarkan bagi tujuan ini hendaklah daripada sumber pokok tabung berkenaan.
  3. Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa skim perkhidmatan haji angkatan tentera seperti yang dicadangkan ini adalah halal dari segi syarak kerana berhutang untuk menunaikan haji adalah harus.
Klik disini untuk mencetak