JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urusan Dan Tabung Haji

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1990
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktober 1990 telah membincangkan Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urusan Dan Tabung Haji.


Muzakarah telah memutuskan bahawa dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada Akaun Tidak Aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut.


Fatwa ini adalah berdasarkan bahawa telah ada akad persetujuan di antara pendeposit dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang meletakkan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji sebagai pemegang amanah untuk menjalankan urusniaga wang simpanan pendeposit. Hak pendeposit ke atas wang simpanan itu masih kekal dan tidak terputus walaupun akaun itu tidak aktif telah melebihi tujuh (7) tahun.

Klik disini untuk mencetak