JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1993
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
  2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.
  3. Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
  4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
  5. Menerima berbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
  6. Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.
  7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.
Klik disini untuk mencetak