JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Langkah-Langkah Membangunkan Hartanah Waqaf MAIN Dari Perspektif Hukum

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1996
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-41 yang bersidang pada 3-4 November 1996 telah membincangkan Langkah-Langkah Membangunkan Hartanah Waqaf MAIN Dari Perspektif Hukum.


Muzakarah telah memutuskan bahawa Wakaf Istibdal dan Saham Wakaf merupakan perkara yang amat baik dan perlu diamalkan pada masa ini kerana pembangunan sedang berjalan dengan begitu pesat sedangkan tanah-tanah waqaf, tapak masjid lama terbiar dengan begitu sahaja dan menyulitkan pihak berkuasa. Maka sudah sampai masanya segala amalan dan urusan mengenai waqaf pada keseluruhannya diubahsuai dengan tidak terikat kepada mazhab Hanafi umpamanya atau mana-mana mazhab atau qaul yang sesuai dengan keadaan dan masa.


Selain daripada itu untuk amaln adalah perlu berhati-hati dan lebih ihtiyat supaya tidak dipergunakan dengan sewenang-wenangnya. Untuk pandangan sepintas lalu, bagi mewujudkan waqaf atau mengimarahkan mana-mana wakaf tersebut lebih utama diuruskan melalui saham wakaf dan jika tidak dapat diamalkan melalui istibdal itu dilaksanakan dengan syarat-syarat tertentu dan ditadbir dengan sempurna.

Klik disini untuk mencetak