JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1999
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. 


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
  2. Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
  3. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimanapun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.
  4. Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.
Klik disini untuk mencetak