JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2004
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;
  2. Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan
  3. Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.
Klik disini untuk mencetak