Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Julai 2004 telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam perngertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi Syarak.