JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2006
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam.


Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.


Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.

Klik disini untuk mencetak