JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penentuan Hukum Syarak Di Dalam pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) Di Malaysia

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12April 2007 telah membincangkan Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) Di Malaysia.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Sumber modal kerja untuk pemegang pajak gadai Islam (Ar Rahnu) hendaklah diperolehi daripada perbankan Islam atau sumber-sumber yang halal dan bebas dari amaln riba, judi dan gharar dan aktiviti lain yang tidak selaras dengan kehendak syariah.
  2. Pemegang Ar Rahnu hendaklah mengambil perlindungan insurans Islam (takaful) dan tidak boleh terlibat dengan insurans konvensional;
  3. Sekiranya barang sandaran hilang atau dicuri atau musnah dan sebagainya pemegang Ar Rahnu hendaklah membayar pampasan baki nilai barang sandaran sewaktu ia ditaksirkan;
  4. Pemegang Ar Rahnu digalakkan melantik Panel penasihat Syariah dalaman bagi memantau operasi dan aktiviti Ar Rahnu.
Klik disini untuk mencetak