JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual Fund

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual Fund.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. ebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalm dan luar negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar.
  2. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dalam pelaburan seumpamanya ini kerana banyak alternatif lain berlandaskan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam
Klik disini untuk mencetak