JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Berasaskan Kontrak Ju'alah

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 28 Julai 2008 telah membincangkan Kajian Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Berasaskan Kontrak Ju’alah


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bersetuju dengan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar atas konsep upah (Ujrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar.
  2. Pihak PTPTN boleh mengnakan pampasan (ta'widh) kepada pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan daripada aspek kewangan tetapi sengaja tidak mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak dikenakan pampasan.
  3. Pihak PTPTN hendaklah memberikan rebat (ibra') kepada pelajar yang berjaya melangsaikan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian; dan
  4. Bersetuju supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua kategori pelajar di setiap peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.
Klik disini untuk mencetak