JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan
Kategori: Perubatan
Tahun: 1982
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak. 2. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetp lelaki walaupun berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan. 3. Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetp perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan. 4. Seseorang yang dilahirkan 'khunsa musykil' iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan , diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.
Klik disini untuk mencetak