JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalasemia
Kategori: Perubatan
Tahun: 2002
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri; 2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan 3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.
Klik disini untuk mencetak