JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam

Kategori: Munakahat
Tahun: 1975
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam akan terputus jika salah seorang daripadanya memeluk agama Islam tetapi jika yang seorang lagi memeluk agama Islam juga dalam masa iddah itu maka kekal nikah mereka.


2. Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam memeluk agama Islam maka hendaklah diberi penerangan kepada mereka mengenai terpisahnya yang akan berlaku (tertalak) jika seorang lagi tidak memeluk agama Islam dan hendaklah dinasihat dan dipujuk yang seorang lagi itu dengan hikmah supaya ia memeluk agama Islam juga.

Klik disini untuk mencetak