JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Harta Sepencarian

Kategori: Munakahat
Tahun: 1982
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Segala apa yang diberi atau dihibahkan oleh suami kepada isteri atau sebaliknya dengan bukti secara syarak atau dengan pengakuan dari pihak yang memberi adalah menjadi hak kepada yang menerima.


2. Mengenai rumah tempat tinggal dan perabot pada dasarnya adalah menjadi hak suami kecuali bila ada kenyataan menunjukkan bahawa suami menghibahkan kepada isterinya, atau isteri yang punya. Maskahwin, pakaian dan nafkah pada dasarnya adalah menjadi hak isteri.

Klik disini untuk mencetak