JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim

Kategori: Munakahat
Tahun: 1989
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasab di negeri Sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadi yang dilantik oleh Tuan Yang Terutama (TYT) adalah dikira pernikahan secara wali hakim dan pernikahan itu adalah sah di sisi syarak.


2. Pernikahan pelajar atau rakyat Malaysia di luar negeri secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia adalah dilarang.

Klik disini untuk mencetak