JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Masalah Dadah & Penyelesaiannya

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1981
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 April 1981 telah membincangkan Masalah Dadah & Penyelesaiannya.


Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram.
  2. Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak.
Klik disini untuk mencetak