JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Azan Menggunakan Pembesar Suara

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1982
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-4 yang bersidang pada 13 April 1982 telah membincangkan Azan Menggunakan Pembesar Suara.


Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan faktor-faktor yang tersebut di atas bahawa azan memakai pembesar suara di masjid, surau-surau dan tempat-tempat ibadat orang-orang Islam belum lagi mengganggu ketenteraman orang-orang yang bukan Islam maka Muzakarah bersetuju bahawa rayuan bantahan orang-orang yang bukan Islam itu tidak boleh diterima.

Klik disini untuk mencetak