JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam

Kategori: Pakaian
Tahun: 1987
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Memandangkan lilitan kain hitam di lengan baju yang berwarna putih merupakan suatu adat kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.


2. Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain.

Klik disini untuk mencetak