Menternak Binatang Dua Alam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:
1. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.
2. Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama'.
3. Menurut jumhur ulama', perusahaan menternak katak untuk tujuan eskport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.
4. Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eskport adalah harus.