JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mengenai Stunning Haiwan

Kategori: Haiwan
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.


2. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner) b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 empere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan c. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.


3. Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat:

a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan

b. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.


4. Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.

Klik disini untuk mencetak