JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Thoracic Sticking Dalam Sembelihan Haiwan

Kategori: Haiwan
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutskan bahawa Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


1. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat Mari', halkum dan wadajain); 2. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;


3. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian; dan 4. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Klik disini untuk mencetak