JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Kesucian Ikan Yang Diberi Makanan Tidak Halal

Kategori: Haiwan
Tahun: 2006
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Klik disini untuk mencetak